The Role of PEO vs EOR Powerful HR Tools for Businesses 2024

Peranan PEO dan EOR: Pemudahan dalam Proses Perniagaan

Hubungi Kami

PEO & EOR

Apa itu PEO dan EOR? Semua yang anda perlu tahu tentang PEO dan EOR.

Perniagaan yang ingin berkembang ke pasaran baharu dan mengambil pekerja-pekerja luar negara akan menghadapi cabaran dalam aspek pekerjaan yang berkaitan dengan pematuhan undang-undang pekerjaan yang berbeza di luar negara, termasuk keperluan untuk menubuh entiti sah di setiap negara sebelum mengambil pekerja baru.

Proses ini boleh mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi, dan juga sukar untuk memastikan undang-undang pekerjaan tempatan dipatuhi.

Namun, tahukah anda bahawa anda boleh mengambil pekerja di luar negara tanpa perlu menubuh entiti tempatan di luar negara? Inilah perkhidmatan PEO (Organisasi Majikan Profesional) dan EOR (Rekod Majikan).

Apa itu PEO dan EOR?

PEO dan EOR adalah solusi pengambilan pekerja global yang popular. Ia bukan sahaja akan mempercepat proses pengambilan, tetapi juga boleh membantu perniagaan menjimat jumlah kos yang tinggi.

Kedua-dua PEO dan EOR adalah jenis solusi bisnes penyumberan luar yang berkesan dalam menangani keperluan sumber manusia anda. Namun, apakah perbezaan antara kedua-duanya?

Apa itu PEO?

PEO (Professional Employer Organization) merujuk kepada Organisasi Majikan Profesional. PEO ialah syarikat sumber manusia (HR) pihak ketiga yang mengambil alih semua tanggungjawab HR anda, termasuk pembayaran gaji, faedah pekerja, dan pematuhan undang-undang, termasuk juga perkhidmaan pengambilan pekerja baru. PEO juga dikenali sebagai “majikan kerjasama”, kerana mereka berkongsi tanggungjawab sebagai majikan dengan syarikat pelanggan. Ciri utama membezakan PEO dengan EOR ialah PEO akan membekal perkhidmatan pengambilan. Ini bermakna PEO boleh membantu anda mencari dan mengambil calon terbaik untuk kekosongan jawatan bisnes anda.

Bagaimana PEO berfungsi?

Bayangkan anda merupakan sebuah syarikat di Hong Kong yang ingin menubuh atau telah menubuh entiti sah di Malaysia. Semasa anda meneroka pasaran Malaysia, anda menyedari anda memerlukan sokongan sumber manusia tempatan untuk mengendali fungsi-fungsi kiritikal seperti pengambilan pekerja, proses onboarding, pembayaran gaji, faedah pekerja, pematuhan undang-undang dan tugas-tugas sumber manusia lain yang penting.

Di sinilah Fastlane MY boleh membantu anda. Fastlane MY ialah pembekal perkhidmatan Organisasi Majikan Profesional (PEO) dan menawar perkhidmatan penyumberan luar sumber manusia yang penuh. Fastlane MY bertindak sebagai “majikan kerjasama” anda dan akan mengurus pengambilan pekerja, proses onboarding, pembayaran gaji, faedah pekerja, pematuhan undang-undang dan banyak lagi. Ini membolehkan anda memberi tumpuan penuh terhadap pertumbuhan bisnes anda di Malaysia tanpa perlu risau tentang kerumitan pengurusan sumber manusia.

Apa itu EOR?

EOR (Employer of Record) merujuk kepada Rekod Majikan. EOR ialah sebuah syarikat yang mengambil pekerja anda bagi pihak anda secara sah. Ini bermakna EOR ialah majikan pekerja anda secara rasmi, dan mereka bertanggungjawab atas semua urusuan sumber manusia yang berkaitan kecuaili perkhidmatan pengambilan pekerja. Pembekal EOR hanya akan mengambil alih aspek undang-undang dengan calon selepas calon telah dipastikan.

Bagaimana EOR berfungsi?

Bayangkan anda merupakan sebuah perniagaan dengan ibu pejabat di Malaysia dan sedang merancang untuk memperluas operasi ke pasaran Hong Kong. Pada masa yang sama, anda bertemu dengan Darren, seorang penduduk Hong Kong yang sangat sesuai sebagai pengurus pembangunan perniagaan anda di Hong Kong. Namun, strategi anda adalah menangguh penubuhan pejabat di Hong Kong sehingga anda dapat mengumpul pasukan yang lengkap di Hong Kong, sambil dengan mengawal kos di Hong Kong.

Di sinilah Fastlane HK, pembekal perkhidmatan EOR boleh membantu anda. EOR memberi anda flesibiliti untuk mengambil pekerja di luar negara tanpa perlu menubuh entiti tempatan di Hong Kong. Anda hanya perlu mengupah Fastlane HK untuk mengambil Darren atas pihak anda. Walaupun Darren bekerja dengan Fastlane HK di pejabat Hong Kong mereka secara rasmi, tetapi sebenarnya, beliau adalah sebahagian penting daripada pasukan anda.

Fastlane HK bertanggungjawab dalam segala urusan sumber manusia Darren, termasuk pembayaran gaji, cukai pendapatan dan pematuhan undang-undang. Ini membolehkan anda memberi tumpuan yang penuh terhadap pengendalian perniagaan anda dan pengembangan pasukan anda tanpa terbebani dengan urusan sumber manusia.

Situasi lain yang relevan adalah dalam perjanjian pemisahan aset lintas sempadan M&A (Merger and Acquisition) apabil pembeli tidak memperoleh entiti sah syarikat sasaran. pembeli perlu memindahkan pekerja-pekerja yang diambil alih ke syarikat mereka sendiri secepat mungkin. Dalam keadaan ini, EOR boleh mengambil pekerja-pekerja tersebut bagi pihak pembeli. Ini memberi masa kepada pembeli untuk menubuh entiti sah mereka di negara sasaran dan mengambil pekerja-pekerja tersebut dengan syarikat baru mereka selepasnya.

Manfaat penggunaan PEO dan EOR

Pengambilan yang pantas dan mudah: PEO dan EOR boleh membantu anda mengambil pekerja di pasaran baharu dengan cepat dan mudah, tanpa keperluan untuk menubuh entiti tempatan. Ini merupakan manfaat utama untuk bisnes yang ingin berkembang ke pasaran baharu atau yang perlu mengambil pekerja secepat mungkin untuk memenuhi operasi syarikat baru.

Pematuhan: PEO dan EOR memastikan anda mematuhi semua undang-undang pekerjaan di pasaran baharu. Ini merupakan tugas yang rumit dan akan mengambil masa yang panjang, tetapi pihak PEO dan EOR mempunyai kepakaran dan sumber-sumber untuk melaksanakan ia dengan cepat dan betul.

Kos Efektif: PEO dan EOR boleh menjadi cara yang kos efektif untuk mengambil pekerja dalam pasaran baharu, kerana mereka akan mengurus semua tanggungjawab sumber manusia.

Jadi, antara PEO dan EOR, yang manakah sesuai untuk anda? Ia bergantung kepada keperluan dan keadaan khusus anda.

Yang mana sesuai untuk anda?

Jika anda merupakan bisnes yang mempunyai sumber manusia yang terhad dan tiada entiti sah di negara sasaran, EOR adalah pilihan yang lebih baik untuk anda, terutamanya jika anda sudah ada calon untuk diambil. EOR (Rekod Majikan) boleh membantu anda mengambil pekerja di pasaran yang anda tidak mempunyai entiti sah, seperti pejabat perwakilan, pejabat cawangan atau anak syarikat. EOR boleh menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk pembayaran gaji, faedah pekerja, pematuhan undang-undang dan pengambilan pekerja. Mereka juga boleh mengambil peranan sebagai majikan untuk pekerja anda, dan menjimatkan masa dan kesulitan.

Jikalau anda ingin mengambil pekerja di pasaran baharu untuk tempoh masa yang panjang dan anda masih belum mendapati calon yang sesuai, maka PEO ialah pilihan yang baik. PEO (Organisasi Majikan Profesional) boleh membantu anda mencari dan mengambil pekerja yang sesuai di pasaran sasaran. Selain itu, mereka juga boleh mengurus pembayaran gaji, faedah pekerja, pematuhan dan tugas-tugas sumber manusia lain.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan pekerjaan global kami, sila tempah perundingan percuma dengan pasukan kami hari ini.

Maklumat di halaman ini bukan nasihat undang-undang dan tidak patut diandalkan sebagai nasihat sedemikian.